Tuesday 17 March 2015

K R E A T I F.

Bismillah.


Aku ada seorang kawan yang minat sangat pada bidang fotografi sejak kebelakangan ni. Dia selalu rajin tanya saya macam-macam, 'Atul, kamu guna app apa ehh?' 'Atul, macam mana kamu tangkap gambar semua niii?' 'Atul, kamu guna effect apa ehh?' dan banyak lagi lah dia tanya. Dia cakap dia nak jadi macam igers lain yang berbakat dalam dunia fotografi ni seperti cara tangkap gambar dengan betul, angle dia, effect dia. Selepas tu, kawan-kawan aku yang lain cakap pada aku nak belajar tangkap gambar dengan ayah aku memandangkan ayah aku seorang photographer wedding. Hmm yeah. Like daughter,like father. kah.

Satu hari tu kawan aku post gambar tiang lampu berbackground langit biru yang sangat cantik dan dekat insta kan ada macam row so dia post gambar tiang lampu tu 3 kali. Serius cantik! Butttttt ada kawan lain komen gambar dia, 'Weh, sejak bila kau minat tiang lampu ni?' And i was like, "Whut?" Dan disebabkan komen tu dia rasa putus asa dan malas nak post gambar. And seriously dia padam semua gambar tiang lampu tu. Bagi aku tersangat menusuk hati lah kawan dia cakap macam tu.

Semalam dia tegur aku dekat wechat, tanya pendapat dekat aku gambar mana paling cantik. Lepas dah habis pilih tu, aku berani tanya dekat dia, 'Kamu terasa ke dia komen gambar yang tiang lampu tu? Jujur kita terkejut dia cakap macam tu.'

'Hahahahaha jujur terasa lepas tu hmm patah semangat and then komen cabar nak delete so kita delete tiga2 terus. Lepas ni malaih dah nak post style macam tu. post dekat tempat lain je lah hahahaha XD. Penat edit dekat eyeem lepas tu gigih tangkap tapi hmmmm...'. 

Then aku bagi kata-kata motivasi dekat dia, 'Tak pe lah. Manusia tak paham penat lelah kita. Yang deme tahu hanyalah komen-komen benda negatif.' 

Then she replied, "Tahu takpe T.T sekarang dah faham perasaan igers bila gambar kena kutuk lepas tuh gambar tak dikreditkan. Sedih habis. Patutlah diaorang mostly macam buat tak layan. Mungkin itu puncanya hahaha." and we talk about the other things and forget it. 

Minggu lepas aku ada terjumpa caption ni dekat insta dari kak amirah. Fuh fuh.

"The perk of being someone yang suka tangkap gambar ni, kena tahan la apa orang nak cakap, nak mengata. Sometimes orang tengok awkward like "hek eleh gambar mende tu je pun nak amek jugak". The thing was, awak tak paham apa yang kita rasa. Rasa nikmat dapat buat apa yang kita suka. Rasa bahagia 😂, rasa yang tak semua orang boleh rasa 😝. Sekian."

- Amirahrslnn.

Jujur. Memang rasa nikmat sangat dapat buat sesuatu perkara atau kerja yang menjadi minat kita apatah lagi bila kita ada geng yang memahami dan meminati sesuatu yang sama. Bagi aku tak rugi pun nak ada gaya-gaya tangkap gambar ni dan akan menjadi lebih indah jugak kalau gunakan dia sebagai dakwah. Dakwah kan seni. Dan bidang fotografi ni pun seni. Apabila dua2 digabungkan akan jadi sesuatu yang 'WOW HEBAT'. Sekarang ni pun ramai igers yang hebat2,mereka gunakan bakat mereka untuk berdakwah pada orang,tarik orang dengan seni. Dan kita pun boleh jadi macam tu jugak jika ada usaha. Heee.

--
Apa isi tersurat tersirat yang aku mahu cakapkan adalah if kita ada kawan yang minat sesuatu perkara atau kerja, kita support dia. Support banyak-banyak kali sampai dia jadi seorang yang pro. Janganlah kita patahkan semangat seseorang yang berusaha nak capai sesuatu. Sekian. Wassalam. :)

p/s: Kawan dia dah berubah, dah support dia. Alhamdulillah. :D

No comments:

Post a Comment