Monday 12 June 2017

Semangat baru

Bismillah.

Hari ni first day class dengan Dr. Noriah; lect subjek Communicative English 2. Perwatakan beliau sangattt menarik perhatian aku, lembah lembut, peramah, sentiasa senyum seperti ciri ciri seorang wanita muslimah. Beliau juga mengamalkan kaedah 'touching' pada students hahahaha macam PEPIAS gituu.

Selepas sahaja Dr kenalkan diri beliau, Dr N suruh semua student keluarkan wallet masing masing dan cari something yang melambangkan diri sendiri. Ah sudah. Dalam wallet aku ada apa je. Duit kertas, duit syiling, resit, pin tudung, nota, kad bank, gambar, dan kad PKPIM. 

Aku tertarik dengan satu benda, kad PKPIM yang abang Farhan Rosli bagi pada aku waktu Induksi PMGK17 yang lepas. Ha aku dah tahu aku nak cakap apa. Aku harap sangat masa tu aku ada kad PEPIAS juga. Haih. Aku anggap benda ni mungkin tak menarik minat sesiapa sama ada student mahupun lect tapi aku silap.  Sampai je turn aku nak bercakap, aku bagitahu semua yang ada dalam kelas tu, 

"Assalamualaikum. My name is Atul. I choose this card because I'm active in National Union of Malaysian Muslim Students and Persatuan Pelajar Islam Selangor." (hahahaha part ni aku lupa nama english PEPIAS).

Pastu, Dr. N terus ambil kad PKPIM tu dan beliau bagitahu jadi student bukan sahaja berada dalam kuliah tetapi berkhidmat pada masyarakat di luar sana juga. 

"Dalam kelas saya, kita bukan sahaja belajar mengenai silibus tetapi mengenai kehidupan,about life. Saya galakkan anda semua untuk pergi berbakti pada masyarakat di luar sana. Banyak ya program volunteers ada sekarang ni seperti pergi ke kampung orang asli, beri makanan kepada orang jalanan dan banyakkk lagi. Bukan nak dapatkan sijil tapi nak dapatkan pengalaman itu. Tahniah ya atul."

Serius aku sebak. Akhirnya ada orang yang sokong aku buat ni. Serius tak jangka. Perasaan bercampur baur, happy dengan keharmonian student kelas 3B nya sekali. Alhamdulillah what a good start for this semester 3. 

Jetul, Gambate Kudasai! Hidup biar berjasa! Generasi penerus harapan ummah! Aku bangga menjadi warga PEPIAS! 

#HidupBiarBerjasa
#PKPIM
#GPHU
#PEPIAS

No comments:

Post a Comment