Monday 25 April 2016

Perkampungan Menara Gading Perak 2016 😁

Bismillah. 


Alhamdulillah ala kullihal wa ni'mah.  Setelah hampir 10 bulan saya menyepi (spm plus selepas spm kena kerja plus join kem plus plus) akhirnya saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk kembali mengisi ruang ruang kosong dan menghapus 'habuk habuk' yang semakin menebal. HAHA poyo benar. 

Okay straight to the point. Sebenarnya saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya menyertai kem iaitu Kem Perkampungan Menara Gading Perak 2016 khas untuk pelajar SPM, STPM, dan STAM. Tipu la kalau saya kata tak rindu, rindu benarrr. Rindu sangat dekat semua geng PMG Perak, fasi - fasi dan komiti - komiti yang lain especially fasi Kak Fairus dan Kak Qira. Saya join kem ni dapat kenal dengan ramai orang yang berlainan latar belakangnya especially teammate saya iaitu Nurin, Kak Fazira, Syira, Qilah, Zaki, Kak Fairus dan Kak Qira. All of them have their own perangai yang saya tak boleh move on sampai sekarang. Kem ni paling best sebab tempatnya ala ala kampung hehe dah namanya Perkampungan Menara Gading dan dapat makan dalam talam dengan teammate sendiri. 


tunjuk gambar group ni lagi rare berbanding gambar formal. UKM dabesta yoo.

Then part paling best semestinya debat dan calit tepung kunyit. MasyaAllah seriously dua dua aktiviti tu memang saya tak boleh lupa sampai sekarang. Aktiviti debat tu juga la membuka mata saya bagaimana situasi parlimen yang sebenar dan mengajar saya bagaimana untuk menjadi pendebat yang bijak dan pentingkan kebenaran. Sejujurnya saya tak pernah tengok live debat parlimen dekat tv dan tak pernah masuk apa-apa pertandingan debat semasa zaman sekolah saya dan ni FIRST TIME SAYA BERDEBAT DENGAN ORANG, FIRST TIME CAKAP DEPAN ORANG RAMAI, FIRST TIME PEGANG MICK, FIRST TIME FIRST TIME FIRST TIME. ARGHH SERIOUSLY MACAM GILA PUN ADA. KENA PAKSA DENGAN TEAMMATE SENDIRI HUAAA. T.T Sejujurnya saya bukanlah orang yang berani bersuara depan orang, beri pendapat sendiri. Kalau saya cakap depan kelas idk why saya mudah gemuruh, gemuruh dia tu jenis pelik pelik. lol. Kawan kelas saya almost 5 years tahu la saya jenis macam mana ahaaa. 

Saya wakil kerajaan, daerah hulu perak tak silap. Tajuk; Pengharaman Konsert dari Artis Luar Negara. Act tajuk ni dibangkitkan oleh geng pembangkang. Tajuk ni paling saya suka gila gila sebab sejak isu tahun lepas mengenai perempuan beragama ISLAM berpelukan dengan artis Korea but the main problem is saya wakil kerajaan. Jeng! Huarghhh seriously jenuh gila nak cari point supaya kerajaan tak haramkan konsert luar negara. HAHA tetiba rasa berdosa nak bela kerajaan adakan konsert artis luar negara seperti artis yang bukan agama Islam. If artis luar negara yang beragama Islam seperti Maher Zain, Harris J dan lain lain tu its okay, kami lagi suka hehe. Waktu tu memang waktu yang sempit bagi geng kerajaan untuk bela diri kami sendiri walaupun pada hakikatnya kami tak nak adakan konsert artis luar negara but Alhamdulillah sangat-sangat Allah bagi ilham pada saya. Saya teringat point point yang cikgu Bahasa Melayu saya iaitu Cikgu Erni (rindu gila dekat cikgu ahaaaa especially cikgu marah marah satu kelas)  mengenai kesan sekiranya ramai pelancong datang ke Malaysia, point ni saya boleh masukkan dalam tajuk debat. Bangga kot orang pertama wakil kerajaan usul hahahha. Point pertama saya ialah "Kerajaan menggalakkan konsert artis luar negara supaya ramai pelancong dari luar negara dan dari dalam negara melancong di Malaysia. Pada waktu yang sama, hal ini dapat meningkatkan pendapat negara." maka pihak kerajaan pun tepuk-tepuk kerusi, angkat-angkat kerusi menandakan setuju. HAHAHA tak boleh move on kot teringat fasi Abang Rafie wakil pembangkang tujuk kertas "INI SEMUA ALASAN". Saya walaupun puas hati, suara tak bergetar tapi hakikatnya tangan saya bergetar teruk. MasyaAllah Alhamdulillah Allah tolong permudahkan percakapan saya. Terharu sangat time tu T.T 

First time bercakap depan orang ramai membuatkan saya lebih yakin mahu bercakap walaupun tangan saya lebih teruk bergetar waktu tu. MasyaAllah gemuruh saya memang pelik, tangan bergetar bila pegang mick. lol. Okay, point kedua saya, "Kerajaan sebenarnya tidak langsung menggalakkan orang yang beragama Islam di Malaysia datang ke konsert artis luar negara tetapi untuk penduduk Malaysia yang bukan beragama Islam. Hal ini sebenarnya masalah orang Islam di Malaysia sendiri yang memilih untuk pergi ke konsert artis luar negara tersebut tanpa memikirkan adakah mereka buat benda baik atau buruk. Penduduk Malaysia majoriti bukan orang yang beragama Islam sahaja, agama Kristian, Hindu, Buddha, Hindu- Buddha dan Bangla." HAHAHA seriously time ni idk why cakap bangla. Alhamdulillah semua tak perasann, semua sibuk ketuk-ketuk kerusi, angkat - angkat kerusi. lollll. Waktu ni juga saya tak boleh lupa fasi Abang rafie cakap, "INI SEMUA RACISTT!" HAHAHA racist apakahhh.

Saya sendiri pun tak tahu sama ada point-point saya ni bernas ataupun tidak hmm sebab waktu tu memang kerajaan tak ada point sebab point geng pembangkang semua bernas dan dah agak mereka akan bangkitkan hal itu bahawa ; "Konsert luar negara ini boleh menyebabkan berlakunya maksiat secara berleluasa terutama sekali isu tahun lepas mengenai perempuan beragama ISLAM berpelukan dengan artis Korea." Secara jujurnya saya memang setuju sangat dengan usul pihak pembangkang huhu. If buat undian untuk pengharaman konsert dari artis luar negara mesti semua pihak kerajaan akan setuju juga. 

Act banyak lagi aktiviti yang saya tak boleh lupa seperti Explorace dan Inpirasi Ceria. Game Inspirasi Ceria pun saya tak puas hati sebab group saya UKM tak merasa calit muka orang dengan kunyit hmm tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas. Haaaa. Fuhhh mata masuk habukkk bila ingat semua ni. :') Bakal merindui kalian semuaa. Harap sangat di mana- mana sahaja kita belajar semua still contact each other dan tak buyers! Harapan saya besar sangat pada semua orang semoga berjaya dunia akhirat! Jangan lupakan diri ini dan doa rabitah sentiasa saya hadiahkan untuk semuaa. PMG Perak dabestaaa! :) 

--
"Tetaplah menyebarkan cinta sehangat mentari, yang hanya memberi tak mengharap kembali." - Kak Ary. :)

No comments:

Post a Comment