Tuesday 28 November 2017

Denda Yang Bermanfaat :)

Bismillah.



Dijadikan cerita hari ni first day kelas Business Accounting. Pensyarah B.A nama nya Encik Zul.
Tua.
Tinggi.
Kulit saur matang.
Mata beso.
Hidung mancung. Eh tak pun haha
Kelakar.
Kadang-kadang tegas.
Tah tak boleh nak predict dia tengah buat lawak ke dia tengah marah :d

Time tu dia bagitahu apa peraturan - peraturan bila berada dalam kelas dia.
Salah satunya ialah "Jangan datang kelas lewat dari saya."
Pumpang pumpang cerita tetiba dia teringat kisah seorang anak didik dia masa dia jadi Pengarah Kolej Komuniti Sarawak.

Okay sekarang jom kita kembali ke zaman Encik Zul jadi
Pengarah Kolej Komuniti Sarawak! Fiungggggg. (bunyi kapal terbang lol)

Ada seorang cikgu pergi berjumpa dengan Encik Zul bagitahu ada seorang budak lelaki nama dia Syawal, sem 1 buat masalah dalam kelas dia. Suka kacau kawan buat kerja, suka kacau perempuan sampai nangis nangis semua perempuan dalam kelas dia tu. Famous juga budak Syawal ni sampai semua cikgu yang mengajar dia mengadu dekat Pengarah.

"Tuan, saya rasa kita kena berhentikan budak tu. Dia buat masalah dekat semua orang. Semua kelas dia selamba je keluar masuk."
"Dasyat sangat ke budak tu?"
"Dasyat tuann. Kalau tuan tak percaya cuba tuan jumpa dia."

Pengarah pun cari la budak Syawal tuu, rupanya ada dekat kantin.
Pengarah nampak je budak tu dia terus panggil budak tu.

"Syawal! Syawal! Sini! Sini!" (imagine Pengarah tu lambai lambai dekat budak Syawal sambil sengih sengih ya)
Syawal pun apa lagi terkejut dia Pengarah tahu nama dia dan panggil nama dia. Syawal pun tanya Pengarah.
"Kenapa tuan?"
"Tak ada laa saja nak ajak kamu minum." (imagine Pengarah tengah sengih sengih lagi gais)
"Eh kenapa tuan?"
"Saje jee. Jom pergi sudut cikgu cikgu minum."

Pengarah pun suruh si Syawal order makan dan minum then Pengarah keluarkan kotak rokok dari poket seluar dia dan letak atas meja suruh si Syawal hisap. Syawal pun terkejut la kenapa tapi terkejut dia pun still ambil rokok dan hisap juga hahahahaha
Daripada situ Pengarah borak dengan si Syawal tanya dia macam macam. Gelak gelak semua.

"Kamu minat apa Syawal?"
"Saya minat bola tuan."
"Ha kalau macam tu saya nak engko buat team bola. Kumpul beberapa orang. Kita pergi lawan bola antara Kolej Komuniti."
"Eh serius ke ni tuan?"
"Serius la." (imagine Pengarah sengih sengih lagi gaissssss)

Thennnnnn Syawal busy gila cari budak budak untuk buat team sementara Pengarah tengah busy cari Kolej Komuniti join sekali adakan perlawanan bola antara Kolej Komuniti. Daripada situ si Syawal boleh lupa benda jahat yang dia nak buat dan fokus kepada sesuatu yang dia minat atau tanggungjawab yang orang beri pada dia.

Cikgu semua terkejut tengok perubahan si Syawal sampai semua tanya Pengarah
"Apa ayat Quran yang tuan dah baca pada dia?"
Pengarah pun sengih sengih jee hahahahaha

Bila je si Syawal dah jumpa semua budak untuk team bola Kolej Komuniti Sarawak, diaorg training apa semua. Sampai je hari perlawanan bola sepak tu, Pengarah bawak semua team bola ke Semenanjung Malaysia. First game kalah then pergi lagi. 3 kali juga Pengarah bawak dia naik flight pergi Semenanjung Malaysia.

Pastu tetiba Pengarah suruh dia jadi olahraga sebab main bola asyik kalah hahahahhahaha

"Saya nak engko jadi olahragawan"
"Saya mana pandai lari laju laju tuan."
"Ala lari je la."

Sampai la si Syawal dah last sem dekat Kolej Komuniti, time hari untuk pemilihan Ketua Perwakilan Pelajar. Antara semua budak yang ada si Syawal yang volunteer nak jadi. Bayangkan. (imagine lagi lol)

Sekarang si Syawal yang selalu kacau orang tu dah jadi hebat dah. :) Dia jadi Direktor Eksekutif yang pasal bom dengan senjata tu dekat Perlis. Hebat dah kan dia? Hasil didikan 'denda yang bermanfaat'.

Sebelum tamat cerita tu pensyarah aku ada kata , "Kalau nak didik seseorang tu biar dia jadi kawan kita dulu. Kamcing dengan dia dulu. Baru lah hasil dia tu ada. Kalau boleh elakkan denda seseorang yang buat jahat dengan something yang boleh buat kita berdosa. Faham tak?"

Ha gais faham tak?

Daripada cerita pensyarah aku tu aku dapat something :
1. Kalau kita nak didik orang yang bermasalah biar kena dengan cara.
2. Ajak orang buat benda yang bermanfaat bagi mereka lupakan benda benda jahat yang mereka nak buat.
3. Sebelum nak tegur apa apa tegur dengan cara baik. Jangan aibkan orang tu.
4. SUPPORT. Yang penting SUPPORT seseorang untuk buat benda baik.

Dan if korang ada pendapat korang sendiri boleh komen di ruangan komen ya?

Okay cerita ni pun sesuai untuk fasilitator fasilitator yang ada adik adik yang bermasalah. Adik adik group kita tu dah jadi tanggungjawab kita. Kalau boleh kita usaha semampu boleh untuk mereka buat benda baik yang kita dah bagitahu mereka semasa kem kem yang lepas. Treat adik adik group macam adik adik kita supaya mereka rasa selesa dengan kehadiran kita. Mereka boleh anggap kita ni suatu permata untuk mereka. Cenggituuuuuuu.

Okay dah.
Sayonara gais! ;)

No comments:

Post a Comment