Monday 4 December 2017

Usrah Helwani a.k.a Usrah Wanita

Bismillah.

Syurgamate :)

Semalam pergi Usrah Helwani.
Niat nak datang supaya ada semangat mulakan sem baru moga dapat 4flat sebab bila fikir balik subjek sem 4 ni TERAMAT LA SUSAH. Aku tak sangka aku jumpa akaun balik setelah 3 tahun tinggal masa zaman f4 dan f5 dahulu. Ingatkan dah tak jumpa dah hm

Unpredictable.

Ada ayat yang paling terkesan sekali yang aku dapat masa Usrah Helwani semalam ialah :

"Semakin kita belajar semakin rasa diri kita ni bodoh. Sebab apa? Sebab rupanya banyak benda kita tak tahu selama ni."

Dannnnn

"Bidang yang kita belajar ni cuba kaitkan dengan Allah."

Bidang aku pasal secretary. Macam mana aku nak kaitkan dengan Allah?
Yang memberi ilmu Allah.
Ilmu mengenai macam mana nak tulis surat, tulis memo, buat tentatif, macam mana nak taip laju laju 100 perkataan dalam masa 30 saat dan banyak lagi.

Da aku kena cari lagii. Lagi dalam dalam banyakkkk lagi supaya ilmu yang aku dapat ni beri manfaat pada perspektif agama Islam.

Contoh, secretary mesti orang fikir pakai baju ketat ketat kan? tapi sebenarnya tidak. Itu hanya yang di drama TV3. Ni realiti. Sekarang kita berada di realiti. Secretary wajib memakai wajib kurung dan baju blouse, seluar slack. Tak ada terms pun yang mengatakan kena pakai skirt pendek semua tu. Tu drama TV3. Tu karut. Tolong lah buka minda wahai anak muda. Kita sekarang berada di zaman kemajuan. Bukannya berada di zaman drama TV3.

So suatu hari nanti aku nak semua secretary dekat drama TV3 tu pakai baju kurung supaya orang sekeliling tak jadi narrow minded fikir secretary layak pakai skirt pendek sahaja.
Ha ter rebel pula aku dekat sini lol

Aku rasa macam aku tersalah selekoh pula HAHAHAHA

K k balik kepada yang asalnya aku cuma nak fikir kan apa lagi perkara yang bermanfaat aku boleh buat dengan ilmu yang aku dapat selama di Politeknik.

Allahu be strong Jetulz. Ukenduit!

No comments:

Post a Comment